Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU OPERASI GRED N11

Oleh JABATAN KERJA RAYA |27/08/2020

Nama Jawatan : Pembantu Operasi Gred N11

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana



Bilangan Kekosongan : 12

Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat JKR (2)
JKR Kudat (2)
JKR Pitas (1)
JKR Beaufort (2)
JKR Kuala Penyu (1)
JKR Nabawan (1)
JKR Tambunan (1)
JKR Tenom (1)
JKR Semporna (1)

Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji : Gred N11 : RM1,216.00 - RM2,983.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a) i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,216.00); atau

ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen
Memandu Percubaan(P)] (Gaji Permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,262.15]

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.