Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

AKAUNTAN GRED WA41

Oleh JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH |04/07/2022

Nama Jawatan : Akauntan Gred WA41

Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional



Taraf jawatan : Sementara

Jadual Gaji : Gred WA41 RM2,094 - RM9,585.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Tempat kekosongan:
Kota Kinabalu (1)
WP Labuan (1)

DISKRIPSI TUGAS
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,819.63); atau

(ii) Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,819.63); atau

(iii) Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).

(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,819.63)

DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 4 Julai 2022, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.