Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENOLONG AKAUNTAN GRED W29

Oleh JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH |17/07/2022

Nama Jawatan : Penolong Akauntan Gred W29
Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana



Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji : GRED W29: 1,498.00 – RM5,678.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Tempat Kekosongan :

KOTA KINABALU (6)
KENINGAU (1)

DISKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia system dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

(ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

(iii) diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM1,776.08); atau

(iv) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM2001.68).

DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 4 JULAI 2022, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.