img

Mengenai Kami

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.

Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (Ultimate Responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.

Kumpulan Kakitangan SPANS

Profail Jabatan

img






Visi:
☇ Perkhidmatan Awam Negeri yang berwibawa dan serba boleh yang dapat memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Misi:
☇ Memilih anggota Perkhidmatan Awam yang terbaik;
☇ Memastikan perkhidmatan mereka teratur; dan
☇ Mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.

Fungsi-Fungsi:
☇ Pelantikan;
☇ Pengesahan Jawatan;
☇ Pemberian Taraf Berpencen;
☇ Kenaikan Pangkat;
☇ Pertukaran; dan
☇ Kawalan Tatatertib anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Objektif:
Memastikan urusan pengambilan, pelantikan, perkhidmatan dan tindakan tatatertib Pegawai Awam Negeri dilaksanakan dengan adil, saksama, tepat, cepat dan efisien.

Nilai-Nilai Bersama:
☇ Profesional dalam menjalankan tugas;
☇ Kerja berpasukan dalam merealisasikan matlamat SPANS; dan
☇ Berintegriti dalam segala urusan dan amalan.

Piagam Pelanggan:
☇ Memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat, mesra dan adil;
☇ Memproses setiap urusan perkhidmatan mengikut peraturan yang berkuat kuasa; dan
☇ Memastikan semua syor yang dikemukakan ke Urus Setia Suruhanjaya ini diambil tindakan dengan serta merta dan sekiranya syor tersebut teratur, Kertas Mesyuarat disediakan dalam tempoh 14 hari bekerja dan keputusan akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja selepas Mesyuarat Penuh SPANS.

Dasar Kualiti
Memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan memberikan perkhidmatan berikut:-

☇ Perkhidmatan yang cepat dan tepat;
☇ Perkhidmatan yang prihatin dan mesra;
☇ Perkhidmatan yang profesional;
☇ Perkhidmatan yang adil dan saksama; dan
☇ Pengamalan budaya kerja bermuafakat dan akauntabiliti.

Moto
Tiada yang terbaik selagi boleh dibaiki

Pengumuman / Hebahan

testimonial image

Tiada pengumuman atau hebahan yang dikeluarkan oleh SPANS setakat ini. Terima Kasih

SPANS, Bahagian Pentadbiran

Bahagian SPANS

Bahagian-bahagian yang terlibat dalam segala pergerakan SPANS di dalam kerajaan negeri sabah

Bahagian Pengambilan & Pelantikan

° Pengiklanan jawatan kosong;
° Pengendalian sesi temu duga calon / pemohon jawatan;
° Mengurus Pelantikan Secara Tetap / Sementara / Kontrak;
° Penyerapan ke Jawatan Tetap;
° Pembaharuan / Pemendekan Pelantikan Kontrak;
° Perubahan mata gaji dalam Pelantikan Pertama;
° Perubahan gelaran nama jawatan dalam Pelantikan Pertama; dan
° Pelantikan semula pesara.

Bahagian Pemangkuan

° Pelantikan memangku jawatan;
° Pelanjutan pelantikan memangku jawatan;
° Pemendekan pelantikan memangku jawatan;
° Pelantikan menanggung kerja;
° Pelantikan secara pertukaran sementara; dan
° Pertukaran secara pinjaman dan pertukaran jabatan.

Bahagian Pengesahan Jawatan

° Pengesahan dalam jawatan (Memilih Skim KWSP);
° Pengesahan dalam jawatan (Memilih Skim Pencen);
° Pelanjutan tempoh percubaan; dan
° Pemberian taraf berpencen.

Bahagian Kenaikan Pangkat

° Kenaikan pangkat;
° Kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang (KUP);
° Kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL);
° Kenaikan pangkat KPSL istimewa jawatan jumud;
° Pelantikan pegawai sedang berkhidmat;
° Opsyen pertukaran jawatan;
° Penetapan mata gaji pegawai yang sedang berkhidmat; dan
° Urus Setia sesi temu duga kenaikan pangkat oleh Ahli- Ahli SPANS (Panel Penemu duga)

Bahagian Tatatertib

° Penentuan kes prima facie;
° Tindakan tatatertib;
° Pengisytiharan harta; dan
° Urus Setia Mesyuarat jawatankuasa Tatatertib SPANS

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

° Pengurusan sumber manusia;
° Pentadbiran pejabat;
° Pengurusan kewangan dan akaun;
° Urus Setia mesyuarat penuh SPANS;
° Mengurus majlis / program rasmi SPANS; dan
° Membangun dan menyelanggara Laman Web SPANS.

Bahagian Inovasi

° Pengendalian kursus / latihan SPANS;
° Pelaksanaan ICT termasuk E-SPANS;
° Pelaksanaan Program Inovasi / Kualiti / Produktiviti; dan
° Penyediaan laporan tahunan SPANS.

Ahli - Ahli SPANS

team member img

KEE MUSTAPA

team member img

GREGORY JOITOL

team member img

DR. YEO BOON KIAT

team member img

MOHD HANAN BIN RAMLI

team member img

NONI BINTI MOHD SAID

team member img

ABU BAKAR BIN HAJI ABDUL LATIP

team member img

HARUN BIN MARIE

team member img

ELMIN BIN KASSIM

team member img

SITI AFSAH MOHD KUDI

Perkhidmatan Atas Talian

Aplikasi Intranet

↗ SM2 (PERIBADI)
↗ E-Cuti

Pekeliling Elektronik

E-Gazette

Portal Single Sign On

Web Mail

↗ Mailing

Pautan Luar

↗ SPA Malaysia