perutusan

Selamat Datang ke ruangan perutusan SPANS

image

perutusan

Daripada Pengerusi SPANS |Apr 2024

Assalamualaikum dan Salam Sabah Maju Jaya.

Selamat datang ke Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS).

Secara umumnya, kita mengetahui bahawa SPANS merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam fungsi melantik, mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib kepada penjawat awam dalam perkhidmatan di bawah Perkara 37 (1) Perlembagaan Negeri Sabah.

Sehubungan dengan itu, SPANS mengambil inisiatif demi mencapai matlamat dengan membuat penambahbaikan dalam Portal Rasmi SPANS ini melalui wajah baharu dan orang awam dapat melayari laman web SPANS untuk makluman mengenai iklan jawatan kosong dan mendaftar masuk serta memohon pekerjaan mengikut tahap akademik masing-masing.

Dengan ini diharapkan portal SPANS ini menjadi sumber rujukan dan dapat memberikan maklumat kepada pengguna melalui akses terus ke dalam portal tersebut. Semua pelawat portal juga dialu-alukan untuk memberikan cadangan mengenai penambahbaikan perkhidmatan portal Suruhanjaya bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan SPANS.

Sekian, terima kasih.