organisasi & pengurusan

Selamat Datang ke ruangan organisasi & pengurusan SPANS

image

organisasi & pengurusan

Daripada Khidmat Pengurusan |Apr 2024

Pengaruh dan perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang sangat ketara. Cara kita berkomunikasi dan berurusan telah dan akan terus berubah dengan pesatnya dengan perkembangan ini. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) sentiasa peka kepada perubahan yang berlaku di dalam persekitaran itu. Sebagai sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bertanggungjawab terhadap pemilihan anggota Perkhidmatan Awam, perkhidmatan mereka yang teratur dan disiplin tinggi, SPANS sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan cepat dan menepati keperluan pelanggannya.

Laman Web SPANS kini berwajah baru selaras dengan komitmen bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti demi memuaskan kehendak pelanggan-pelanggan SPANS iaitu para anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan orang ramai. Kini, Laman Web SPANS lebih mesra pengguna dalam menyediakan maklumat-maklumat mengenai keahlian, organisasi, tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti SPANS termasuk berita bergambar.

Pewujudan laman web ini diharap akan dapat memberikan maklumat dan kemudahan kepada para pelanggan untuk berurusan dengan SPANS. Maklumat-maklumat di dalam web ini amat berguna kepada orang ramai untuk memahami fungsi-fungsi SPANS. Ia juga merupakan sumber maklumat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui peranan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh SPANS. Laman web ini turut menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan.

Saya berharap orang ramai dapat melayari Laman Web SPANS bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan mengenai SPANS.