Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENOLONG JURUUKUR GRED JA29

Oleh JABATAN TANAH DAN UKUR |19/01/2023

Nama Jawatan : PENOLONG JURUUKUR GRED JA29
Klasifikasi Perkhidmatan : KEJURUTERAAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : TIGA BELAS (13) JAWATAN
Tempat Kekosongan : SELURUH SABAH
Jadual Gaji : GRED J29 :RM1,860.00 – RM5,701.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukuran tapak projek perumahan yang dikendalikan oleh CPPP/ PIMB dan tapak-tapak projek jabatan lain di bawah KPKT termasuk kerja-kerja ukuran as-built, semakan aras, semakan butiran, semakan keluasan dan pengesahan sempadan tapak termasuk menguruskan cadangan pelantikan perunding ukur tanah dan membantu dalam urusan pentadbiran tanah.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

SYARAT LANTIKAN

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

(ii) diploma dalam bidang ukur tanah atau geometrik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

dan (b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE S AH AJ A dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https : // espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini H AN YA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 18 JANUARI 2023, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.