Soalan Lazim (FAQ)

Selamat Datang ke ruangan soalan lazim SPANS

image

Soalan Lazim

Daripada Bahagian Pentadbiran, SPANS |Oct 2020

1. Di dalam iklan jawatan yang dikeluarkan, selain daripada syarat kelayakan akademik ada dinyatakan syarat umur mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup. Saya berumur 42 tahun, bolehkah saya memohon?
☇ Boleh, permohonan akan dipertimbangkan bersama-sama dengan calon lain yang layak.

2. Saya pernah berkhidmat dengan kerajaan selama lima (5) tahun dan telahpun diberi taraf pegawai tetap dan berpencen tetapi atas sebab-sebab peribadi saya telah meletakkan jawatan. Bolehkah saya diterima semula bekerja di dalam perkhidmatan kerajaan dan jika boleh adakah saya berhak menuntut mana-mana tempoh perkhidmatan, saraan dan kemudahan yang terdahulu
☇ Permohonan anda boleh dipertimbangkan dan atas kebenaran daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah; dan Ianya dianggap sebagai pelantikan pertama dan tidak layak/berhak menuntut mana-mana tempoh perkhidmatan, saraan dan kemudahan terdahulu.

3. Bolehkan pengalaman semasa bekerja di swasta diambil kira untuk penetapan gaji yang lebih tinggi?
☇ Anda boleh memohon dan akan dipertimbangkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

4. Apakah dokumen yang perlu dibawa apabila berjaya dipilih untuk menghadiri temuduga?
☇ Dokumen-dokumen yamg diperlukan adalah:
salinan asal Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran pemohon;
salinan asal sijil-sijil akademik seperti UPSR/ SRP/ SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah (mengikut jawatan dipohon);
dokumen-dokumen lain yang diperlukan seperti Lesen Memandu dan dokumen sokongan lain;
satu (1) salinan fotokopi sijil/dokumen di atas;
salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran ibu bapa yang telah disahkan benar daripada salinan asal. (salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara);
RESUME pemohon

1. Siapa yang layak disahkan dalam jawatan?
☇ Anggota yang layak disahkan dalam jawatan adalah:
1. telah dilantik atau yang telah diserapkan ke dalam jawatan tetap dengan tempoh percubaan selama 1-3 tahun (SSM) / 3(SSB)
2. telah memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam surat pelantikan dan Skim Perkhidmatan jawatan berkenaan

2. Apakah yang harus di buat oleh seseorang pegawai yang tidak dapat disahkan dalam jawatan dalam tempoh yang di tetapkan kerana belum memenuhi syarat skim perkhidmatan?
☇ Pegawai yang tidak dapat disahkan dalam jawatan dalam tempoh yang ditetapkan kerana belum memenuhi syarat skim perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh percubaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah melalui Ketua Jabatan tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh percubaannya, dengan memberi sebab-sebab kenapa dia tidak dapat disahkan dalam jawatannya

1. Berapa lamakah tempoh pelantikan memangku sesuatu jawatan bagi pegawai yang tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan?
☇ Pegawai yang telah dilantik memangku tetapi tidak memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipangku, pelanjutan memangkunya akan diteruskan setahun ke setahun tertakluk kepada mendapat perakuan Ketua Jabatan.

2. Bagaimanakah menentukan kekananan seorang pegawai
☇ Kekananan seorang pegawai adalah berdasarkan kepada pencapaian purata markah penilaian prestasinya bagi tempoh tiga tahun berturut-turut yang terakhir dan bukannya berdasarkan tarikh pegawai berkenaan dilantik ke jawatan hakikinya.

1. Bagi kes kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang, bolehkah tempoh pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda diambilkira untuk tujuan mengira tempoh 15 tahun perkhidmatan?
☇ Tidak. Tempoh 15 tahun perkhidmatan yang boleh diambilkira ialah tempoh pegawai berkhidmat di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama, tidak termasuk tempoh percubaan dengan berdenda