Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19

Oleh JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI SABAH |18/07/2023

Nama Jawatan : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
Klasifikasi Perkhidmatan : SISTEM MAKLUMAT
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : SEBELAS (11) JAWATAN
Tempat Kekosongan : IBU PEJABAT KOTA KINABALU (8)
KENINGAU (1)
SANDAKAN (1)
TAWAU (1)
Jadual Gaji : GRED F19 : RM1,337 – RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Deskripsi Tugas

1. Membantu mengurus bilik server.
2. Membantu melaksana serta menyelenggara perisian seperti WSUS, Antivirus, operasi sistem dan lain-lain.
3. Membantu menyelenggara inventori.
4. Membantu menyelenggara Peralatan dan Rangkaian ICT.
5. Membantu melaksana sistem aplikasi.
6. Membantu melaksanakan Latihan pengguna sistem.
7. Membantu Agensi Seliaan membuat :
a. Konfigurasi Domain Networking
b. Pemasangan Antivirus
c. Pemasangan Pemancu Pencetak

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

Memiliki kelayakan berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).

(d) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(e) Bagi calon yang memiliki peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah memiliki lulus enam (6) mata pelajaran dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian termasuk Subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan.

(f) Bagi calon yang memiliki peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) termasuk subjek Bahasa Melayu dan selebihnya peringkat Lulus (sekurang-kurangnya Gred E) dalam satu peperiksaan.

(i) Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

(ii) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

(iii) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(iv) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(v) Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

(vi) Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 18 JULAI 2023, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.