Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN GRED E29

Oleh JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SABAH |31/01/2024

Nama Jawatan : PENOLONG PEGAWAI LATIHAN GRED E29
Klasifikasi Perkhidmatan : PENDIDIKAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : LAPAN (8) JAWATAN
Tempat Kekosongan : INSTITUSI LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN, KAMPUS PAPAR, DAN JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Jadual Gaji : GRED E29: RM1,493.00– RM5,672.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

DISKRIPSI TUGAS


Bertanggungjawab mengajar secara teori dan amali di dalam salah satu bidang yang berkenaan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

i) Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,624.00); atau

ii) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,643.40); atau

iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1770.95)


(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 18 JANUARI 2024 SEHINGGA 31 JANUARI 2024, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.