Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41

Oleh KEMENTERIAN KEWANGAN NEGERI SABAH |31/07/2024

Klasifikasi Perkhidmatan : EKONOMI
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL



Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : DUA (2) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED E41: RM2,083.00– RM9,549.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas berhubung mengukuhkan taraf ekonomi negeri dan percukaian melalui kajian pengenaan cukai-cukai baharu yang boleh meningkatkan hasil negeri, mengkaji semula kadar cukai mengikut keperluan semasa, menyelaras pindaan dasar dan perundangan dan menyediakan data ekonomi. Turut bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas khidmat korporat jabatan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,083.00); atau

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,286.57); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,490.99); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau

(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau

(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,899.83); atau

(vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM3,002.03).
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 15 JULAI 2024 SEHINGGA 31 JULAI 2024, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.