Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU AWAM GRED H11

Oleh JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH |31/07/2024

Klasifikasi Perkhidmatan : KEMAHIRAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : TUJUH (7) JAWATAN
Tempat Kekosongan : DI MANA-MANA LOKASI CAWANGAN JABATAN HIDUPAN LIAR
Jadual Gaji : GRED H11: RM1,218.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Membantu dalam aktiviti penjagaan haiwan dalam kurungan.
2. Membersihkan kandang dan nightstall dan memastikan kandang dan nighstall adalah selamat untuk haiwan.
3. Membantu dalam menyediakan aktiviti atau pengkayaan untuk kebaijikan haiwan.
4. Membantu dalam menjalankan program pemulihan haiwan dengan memberi makan kepada haiwan dan memastikan kebajikan haiwan dalam kurungan dijaga dengan baik.
5. Merekod dan mempastikan bekalan makanan yang dihantar dari Unit Komisari mencukupi untuk haiwan setiap hari.
6. Memantau keadaan kesihatan haiwan dan melaporkan kepada Pegawai Veterinar sekiranya haiwan sakit dan tidak aktif.
7. Melapor kepada Unit Pengurusan sekiranya berlaku sebarang kemalangan / insiden yang tidak diingini atau berlaku kes haiwan terlepas atau apa-apa kerosakan kandang yang boleh menyebabkan haiwan cedera/terlepas.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).

(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan Kerajaan.

(c) Bagi calon yang memiliki peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah memperolehi (sekurang-kurangnya Gred D) dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.

(d) Bagi calon yang memiliki peringkat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah memperolehi (sekurang-kurangnya Gred E) dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 15 JULAI 2024 SEHINGGA 31 JULAI 2024, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.