Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29

Oleh PUSAT BIODIVERSITI SABAH |31/07/2024

Klasifikasi Perkhidmatan : SAINS
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : DUA (2) JAWATAN
Tempat Kekosongan : PEJABAT PUSAT BIODIVERSITI SABAH
Jadual Gaji : GRED C29: RM1,505.00 – RM5,696.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Membantu dalam penganjuran konsultasi komuniti bagi tujuan protokol komuniti dan membuat dokumentasi pengetahuan tradisi.
2. Membantu dalam permohonan lesen akses dan eksport sumber biologi.
3. Membantu dalam koordinasi bagi membangunkan protokol komuniti
4. Membuat penyimpanan dan dokumentasi bagi pengetahuan tradisi
5. Memberi latihan dan kesedaran kepada komuniti mengenai pentingnya mendokumenkan pengetahuan tradisi mengikut peraturan Prior informed Consent yang telah dibangunkan dan ABS
6. Memperhalusi dan memantau perjanjian antara komuniti dan Kerajaan Negeri
7. Terlibat dalam aktiviti Man and Biosphere (MAB), Access and Benefit Sharing (ABS), Free Prior Informed Consent (FPIC)
8. Membantu dalam pemantauan Sabah Biodiversity Strategy
9. Membantu dalam proses mempaten produk

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.

Gaji permulaan ialah pada Gred C29: RM1,505.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred C29: RM1,782.91); atau

(iii) Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred C29: RM1,858.12).

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 15 JULAI 2024 SEHINGGA 31 JULAI 2024, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.