Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU LAUT GRED A19 (KEJURUTERAAN)

Oleh JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA SABAH |31/07/2024

Klasifikasi Perkhidmatan : PENGANGKUTAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : SEMBILAN (9) (TETAP)
DUA (2) (SEMENTARA)
Bilangan Kekosongan : 11 JAWATAN
Tempat Kekosongan : LABUAN (4) (TETAP), LABUAN (2) (SEMENTARA),
SANDAKAN (2), KOTA KINABALU (1), KUDAT (1), TAWAU (1)
Jadual Gaji : GRED A19: RM1,362.00 – RM4,034.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Membantu Ketua Juru Injin dalam melakukakan tugas-tugas penyelenggaraan yang tidak meliputi kerja-kerja membaik pulih sebarang kerosakan kapal bagi memastikan kapal jabatan dalam keadaan yang baik;
2. Membantu memastikan enjin utama, enjin bantu dan setiap mesin/komponen teknikal di atas kapal dalam keadaan berfungsi dengan baik semasa beroperasi di laut;
3. Melaksanakan tugas-tugas merekod hasil pemeriksaan fizikal kapal, kerja-kerja menyelenggara yang dibuat, kegunaan alat ganti, bekalan minyak dan lain-lain serta pergerakan kapal ke dalam buku log bahagian kejuruteraan di atas kapal bagi memastikan semua rekod diselenggara dengan baik;
4. Melakukan tugas-tugas menjaga keselematan dan kebersihan kapal serta bersedia untuk sebarang pergerakan kapal.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau

(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau

(iii) Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau

(iv) Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau

(v) Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,478.24); atau

(vi) Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,536.36).

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 15 JULAI 2024 SEHINGGA 31 JULAI 2024, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.