PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMANDU KENDERAAN)
Oleh PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (PEMBANGUNAN) |15/01/2026
Klasifikasi Perkhidmatan : KEMAHIRAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA
Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : DUA (2) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED H1: RM1,500.00 – RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
DISKRIPSI TUGAS
1. Penugasan Pemanduan Kenderaan
• Memastikan kenderaan dalam keadaan baik berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa dan sesuai untuk perjalanan mengikut kesesuaian destinasi.
• Memastikan pergerakan kenderaan hendaklah berdasarkan arahan Ketua Jabatan.
• Mematuhi mengikut undang-undang dan peraturan lalu lintas yang berkuat kuasa.
• Mengemas kini buku rekod penggunaan dan buku rekod.
• Penyelenggaraan mengikut kaedah yang ditetapkan.
• Melaporkan kerosakan yang dikesan pada kenderaan mengikut kaedah yang ditetapkan.
• Membawa kenderaan jabatan pe pusat servis kereta untuk penyeleggaraan kenderaan bagi memastikan kenderaan diservis mengikut jadual dan diselenggara dengan betul.
• Membuat laporan kepada pegawai kenderaan dan pihak polis sekiranya berlaku Kemalangan dan mengisi borang kemalangan AM362A.
2. Aspek tugas-tugas penyampai dokumen
• Melaksanakan tugas penyampaian dan kutip dokumen.
• Menjelaskan maksud dokumen yang dihantar kepada pihak berkenaan.
• Membantu membuat Salinan pendua dan penjilidan dokumen berkenaan.
• Mengemas kini buku rekod berkaitan.
3. Memastikan kelancaran urusan pejabat
• Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat sepanjang masa.
• Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat diselenggarakan dengan baik.
• Memastikan kelengkapan alat tulis sentiasa cukup.
• Mengambil kelengkapan alat tulis yang kurang dari stor jabatan.
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); dan
(v) Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas di (b)(i)
(b) (i) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan; atau
(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
TARIKH PERMOHONAN BERMULA 1 JANUARI 2026 SEHINGGA 14 JANUARI 2026, JAM 11.59 MALAM
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.