Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR GRED C41

Oleh JABATAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR |26/03/2021

Nama Jawatan : Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41

Klasifikasi Perkhidmatan: Sains

Kumpulan
Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional



Bilangan Kekosongan : Satu (1) Jawatan

Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat Jabatan Perlindungan Alam Sekitar


Taraf Jawatan : Sementara

Jadual Gaji : Gred C41 : RM2,317.00 - RM9,620.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a)(i) Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang ekologi, fizik, kimia hayat, kaji hayat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C41: RM2,317.00); atau

(ii)Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang alam sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C41: RM2,420.23); atau

(iii)Ijazah sarjana muda kejuruteraan awam, mekanikal, kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C41: RM2,524.01).

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard
calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat(4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-
Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila
anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 24 APRIL 2021, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.