Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA19

Oleh JABATAN TANAH DAN UKUR |26/03/2021

Nama Jawatan : Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)
Gred JA19

Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan

Kumpulan
Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)



Bilangan Kekosongan : Dua Puluh Tiga (23) Jawatan

Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat dan Seluruh Daerah

Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji : Gred JA19 : RM1,377.00 - RM4,052.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau

(ii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19:RM1,435.12); atau

(iii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24).



b)Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

c) Keutamaan adalah diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard
calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat(4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-
Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila
anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 24 APRIL 2021, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.