Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU PENERBITAN GRED N19

Oleh JABATAN CETAK KERAJAAN |10/05/2022

Klasifikasi Perkhidmatan : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KumpulanPerkhidmatan : PELAKSANA



Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred N19: RM1,352.00 - RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

DISKRIPSI TUGAS:

Bertanggungjawab membantu dalam tugas-tugas percetakan, penjilidan, penyuntingan dan tugas khusus akan ditetapkan oleh pihak pengurusan mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80);

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

a) Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di
dashboard calon.

c) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang
berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 10 JANUARI 2021, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.