Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

Oleh JABATAN PERTANIAN SABAH |11/05/2022

Nama Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
Klasifikasi Perkhidmatan : PELAKSANA
Kumpulan Perkhidmatan : PERTANIAN



Bilangan Kekosongan : 271
Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED G29 : RM1,494.00 – RM5,674.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Tempat Kekosongan : Di mana-mana lokasi pejabat/stesyen Jabatan Pertanian Sabah

DISKRIPSI TUGAS:
i. Membantu dalam perancangan strategi-strategi pembangunan tanaman pertanian.

ii. Melaksanakan program pembangunan, program pengurusan, program penyelidikan dan program-program jabatan yang lain di samping mengadakan aktiviti pengesanan dan penilaian dan dari semasa ke semasa.

iii. Menyedia keperluan program sokongan (peralatan, kemudahan dan kewangan) untuk melaksanakan program-program jabatan.

iv. Mengurus dan menyediakan pelaporan yang berkaitan secara berjadual.

v. Mengurus operasi pengumpulan dan penyimpanan data serta menyelia pengendalian sistem pengurusan data/maklumat.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).


DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 11 MEI 2022, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.