Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19

Oleh JABATAN PERTANIAN SABAH |11/05/2022

Nama Jawatan : PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19
Klasifikasi Perkhidmatan : PELAKSANA
Kumpulan Perkhidmatan : SOSIAL



Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED S19 : RM1,352.00 – RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Tempat Kekosongan : Di mana-mana lokasi pejabat/stesyen Jabatan Pertanian Sabah

DISKRIPSI TUGAS
(i) Melaksanakan program latihan kemahiran pemprosesan makanan dan keraf tani untuk 10 - 15 Kumpulan Ahli Keluarga Tani (AKT) dan Kumpulan Petani Wanita Maju (KPWM) di seluruh mukim peringkat daerah.

(ii) Membantu mengesan mutu hasil makanan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Petani Wanita Maju (KPWM).

(iii) Melaksanakan dan mengendali latihan kemahiran dalam bidang keusahawanan untuk kumpulan sasar (Usahawan Industri Asas Tani).

(iii) Melaksanakan promosi dan pemasaran produk Industri Asas Tani (IAT) penguasa-penguasa bimbingan Jabatan Pertanian Sabah.

(iii) Menjadi fasilitator dalam latihan kakitangan di peringkat daerah dan Pusat-Pusat Latihan Pertanian.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80) ;


DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 11 MEI 2022, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.