Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29

Oleh JABATAN PERHUTANAN SABAH |11/05/2022

Nama Jawatan : PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29
KumpulanPerkhidmatan : PELAKSANA
Klasifikasi Perkhidmatan : PERTANIAN



Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED G29: RM1,494.00 – RM5,674.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU

DISKRIPSI TUGAS :
(i) Membantu Pegawai Perhutanan Daerah dalam tugas pemantauan dan pengawasan Hutan Simpan, kerja-kerja pembangunan hutan, pengusahahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan Pusat Sejadi dan tapak semaian hutan serta penyediaan maklumat-maklumat yang berkenaan.

(ii) Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang perhutanan berkaitan Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan Hutan 1969.

(iii) Memastikan kriteria dan petunjuk untuk pensijilan pengurusan hutan dipatuhi sepenuhnya.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).


DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di
dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika
berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.


vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 11 MEI 2022, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.