Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

ARKITEK GRED J41

Oleh JABATAN KERJA RAYA |11/05/2022

Nama Jawatan : ARKITEK GRED J41
Klasifikasi Perkhidmatan : KEJURUTERAAN
Klasifikasi Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL



Taraf Jawatan : KONTRAK
Jadual Gaji : GRED J41 : RM2,529.00 – RM9,643.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU

DISKRIPSI TUGAS:
Menjalankan projek-projek terutama sekali projek bangunan serta program atau projek tambahan di bawah Jabatan Kerja Raya Sabah.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Ijazah Sarjana Muda/Sarjana Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(ii) berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred J4l: RM2,736.28)

DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuktemuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan daritarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 11 MEI 2022, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.