Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41

Oleh JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN SABAH |11/05/2022

NAMA JAWATAN :JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL



Bilangan Kekosongan : 1

Taraf Jawatan : SEMENTARA

Jadual Gaji : GRED J41 : RM2,529.00 – RM9,643.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU


DISKRIPSI TUGAS:

i. Memeriksa, mengambil, mengumpul dan merekodkan data atau maklumat yang diperlukan dalam peringkat perancangan dan rekabentuk dalam sesuatu projek pembetungan yang melibatkan peralatan mekanikal.

ii. Membuat perancangan dan mencadangkan dan melakukan rekabentuk dalam projek system pembetungan yang melibatkan perkhidmatan mekanikal.

iii. Menyediakan kertas kerja bagi tujuan permohonan peruntukan pelaksanaan projek system pembetungan setiap jangka waktu.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

ii. berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada cred J4l : RM2,529.00)

DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(c) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman berkerja dalam industri pembetungan, air, minyak dan gas.

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuktemuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan daritarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 11 MEI 2022, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.