Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41

Oleh JABATAN TANAH DAN UKUR |18/01/2023

Nama Jawatan : PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
Klasifikasi Perkhidmatan : EKONOMI
KumpulanPerkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : SATU (1) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED E41: RM2,083.00 – RM9,549.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan perancangan pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Mengawal selia dana-dana yang diperuntukkan, mengurus tadbir agensi/ cawangan, mewakili agensi dalam jawatankuasa/ pertubuhan berkaitan industri peringkat negeri/ negara. Memastikan peraturan-peraturan kerajaan berkaitan perkhidmatan, perolehan, perjawatan, kemudahan dan sebagainya dilaksana dan dipatuhi. Menyediakan laporan prestasi agensi kepada Ahli Lembaga dan stakeholders berkenaan. Turut bertanggungjawab merancang dan melakukan pemeriksaan/ siasatan berkala/ khas ke atas syarikat/ pegawai-pegawai syarikat, menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang diterima.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

SYARAT LANTIKAN

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,083.00); atau

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,286.57); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,490.99); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau

(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau

(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,899.83); atau

(vi) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM3,002.03). [Senarai badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(c)(v) dan 1(c)(vi) adalah seperti di Lampiran B3A].

dan (b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

CARA MEMOHON

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE S AH AJ A dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https : // espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini H AN YA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 18 JANUARI 2023, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.