Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

Oleh JABATAN PEGUAM BESAR NEGERI |17/01/2024

Nama Jawatan : PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
Klasifikasi Perkhidmatan : PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL



Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : SEPULUH (10) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED L41 : RM2,418.00 – RM9,607.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perundangan dalam aspek
litigasi, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang dan guaman.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau

(ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination).

(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00).


(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON


(i) Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

(i) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

(ii) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(iii) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat
(4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(iv) Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

(v) Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 26 OKTOBER 2023 SEHINGGA 16 NOVEMBER 2023, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.