Lawatan dan masa
61584012 Pelawat
Sunday 19/07/2026 07:49:59 PM
Tetapan paparan
Bahasa Pilihan bahasa
Warna Skema warna tema

Urusan Pelantikan & Pengambilan

Urusan Pelantikan & Pengambilan

Calon dikehendaki membawa dokumen asal mengikut urutan di bawah dan mematuhi keperluan e-orangAwam sebelum menghadiri sesi temuduga.
1

Persiapan semasa menghadiri temuduga

Dokumen fizikal & keperluan sistem dalam talian

1(a)
Dokumen asal (ikut urutan)
Pengenalan diri
1MyKad / Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran / Surat Beranak (salinan wajib disahkan JPN)
Kelayakan akademik
2SPM / SPMV / SVM
3STPM / STAM / Sijil Matrikulasi KPM / Sijil Politeknik / Sijil institusi berkaitan
4Skrol dan transkrip akademik (Sijil / Diploma / Ijazah / Sarjana / PhD). Sediakan terjemahan BM / BI jika berkenaan
5Surat Pengesahan Senat / Jawatankuasa dan mini transkrip (jika skrol belum dikeluarkan)
6Skrol dan transkrip Ijazah Sarjana Muda (bagi pemegang Sarjana / PhD)
Sokongan & lain-lain
7Sijil berkaitan jawatan, contohnya Pendaftaran Penuh Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan)
8Sijil kegiatan luar
Pegawai / bekas perkhidmatan (jika berkenaan)
9Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Surat Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran A & D) dan LNPT terakhir. LNPT hendaklah dilakri oleh Jabatan / Kementerian
10Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92.B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT D 132 / KEW 1.4) disahkan JRP ATM (bekas ATM sahaja)
1(b)
Anda juga dikehendaki
Lengkapkan resume

Melalui portal e-orangAwam SPANS sebelum tarikh temuduga.

Muat naik dokumen dalam sistem
  • Gambar, MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah
  • Sijil SPM / SPMV / SVM, STPM / STAM / Matrikulasi / Politeknik
  • Skrol, transkrip & status pengiktirafan kelayakan akademik
Bawa semasa temuduga

Senarai semak MyResume, pengiktirafan MQA / sijil berkaitan, dan patuhi etika pemakaian.

Kelayakan tidak ditemui? Rujuk Daftar Kelayakan Malaysia (MQR).
Perhatian
Kegagalan mematuhi keperluan di atas, mengemukakan maklumat palsu atau tidak mematuhi POS (LAMPIRAN A) boleh menjejaskan pertimbangan lantikan. Cetak Surat Pengesahan Panggilan Temuduga untuk dibawa ke sesi temuduga.
2

Surat Panggilan

Notis & saluran hubungan rasmi

Hubungi bagi pertanyaan

Bahagian Pengambilan

Ijazah / Diploma

Direktori E-mel / Telefon Pegawai SPANS
Bahagian Pengambilan Khas

Sijil / SPM / Latihan Separa Perubatan

Direktori E-mel / Telefon Pegawai SPANS
Portal Rasmi E-SPANS

espans.sabah.gov.my

Peruntukan umum skim perkhidmatan bagi calon yang hendak dilantik ke dalam perkhidmatan awam Negeri Sabah.
Kewarganegaraan

Calon hendaklah warganegara Malaysia yang mana salah seorang ibu atau bapanya hendaklah berasal dari Sabah.

Had Umur

Calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan pengalaman kerja berkaitan.

Tempoh Percubaan

Pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Latihan

Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

Pergerakan Gaji Tahunan

Pergerakan Gaji Tahunan tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

Keperluan Kompetensi & Potensi

Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

Kategori soalan lazim

Bagaimana saya boleh memohon pekerjaan dengan SPANS?
Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui sistem e-orangAwam SPANS. Pemohon hendaklah mendaftar akaun untuk membuat permohonan kerja.
Adakah SPANS menguruskan pengambilan semua jawatan tetap dalam perkhidmatan awam?
Ya. Permohonan pekerjaan melalui SPANS melibatkan urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
Adakah saya perlu menunggu iklan kekosongan jawatan dikeluarkan sebelum memohon?
Ya. Pemohon hendaklah memastikan permohonan jawatan SPANS masih dalam tempoh sah laku pendaftaran ketika iklan kekosongan jawatan yang dimohon dikeluarkan.
Berapa lamakah tempoh sah laku pendaftaran SPANS?
Selama satu (1) tahun daripada tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon melalui SPANS.
Tempoh sah pendaftaran SPANS saya telah tamat. Adakah permohonan masih akan diproses?
Tidak akan diproses. Pemohon hendaklah memperbaharui permohonan SPANS sekiranya masih berminat untuk memohon pekerjaan.
Adakah mengklik “Hantar Perakuan” setiap kali log masuk menjejaskan permohonan?
Ya. Kekerapan mengemas kini permohonan boleh menjejaskan urusan tapisan dan menyebabkan permohonan terdahulu terbatal. Tarikh pendaftaran akan berubah kepada tarikh terkini menghantar Perakuan Pemohon. Pemohon tidak perlu klik “Hantar Perakuan” setiap kali log masuk jika tiada perubahan maklumat.
Saya memohon selepas tarikh tutup iklan. Adakah permohonan akan diproses?
Tidak.
Apakah had maksimum bilangan jawatan yang boleh dimohon melalui e-SPANS?
Sehingga 15 jawatan sahaja.
Bolehkah saya menghantar permohonan secara pos / serahan tangan / e-mel?
Tidak boleh. Hanya permohonan yang diterima melalui e-SPANS akan diproses.
Adakah pegawai sedang berkhidmat diberi keutamaan?
Pegawai sedang berkhidmat tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon lain mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
Adakah saya akan disenaraihitamkan jika menolak tawaran pelantikan?
Tidak.
Bagaimana cara mendapat maklumat panggilan temuduga?
Calon yang layak hendaklah sentiasa menyemak:
  • E-mel yang didaftarkan dalam e-SPANS (termasuk Inbox / Junk / Spam)
  • Penjadualan penilaian / ujian / temuduga di Portal Rasmi E-SPANS
  • Status dalam e-SPANS: Semakan Permohonan → Status Permohonan → Status Permohonan Semasa
Kenapa saya tidak pernah dipanggil ke temuduga?
Pemohon e-SPANS hendaklah berstatus melepasi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian / Jabatan / Agensi. Mungkin terdapat kriteria tambahan daripada Jabatan yang tidak bersesuaian dengan kelayakan pemohon.
Adakah saya akan dipanggil temu duga selepas memohon melalui e-SPANS?
Pemohon akan dipanggil sekiranya melepasi syarat skim perkhidmatan dan syarat tapisan yang ditetapkan oleh Kementerian / Jabatan / Agensi.
Mengapa saya tidak dipanggil walaupun telah lama memohon?
Antara faktor: tiada urusan pengambilan dijalankan; permohonan e-SPANS tamat tempoh dan tidak dikemas kini; pemohon tidak memenuhi syarat skim perkhidmatan dan tapisan.
Adakah saya akan disenarai hitam jika gagal menghadiri temuduga?
Tidak.
Bolehkah saya menukar tarikh / pusat temuduga?
Boleh dipertimbangkan dalam keadaan kecemasan, keagamaan, kesihatan dan lokaliti. Calon hendaklah mengemukakan dokumen berkaitan kepada urus setia seperti dinyatakan dalam surat panggilan temuduga.
Saya pemegang diploma. Perlukah membawa diploma dan transkrip untuk jawatan yang mensyaratkan SPM sahaja?
Calon digalakkan membawa semua kelayakan akademik yang diperoleh.
Bilakah keputusan temuduga diumumkan?
Setelah keseluruhan sesi temuduga jawatan tersebut selesai dilaksanakan dan mendapat kelulusan Suruhanjaya.
Saya calon simpanan. Bilakah akan dilantik tetap?
Calon simpanan akan ditawarkan pelantikan tetap mengikut turutan keutamaan (ranking) yang diluluskan SPANS, tertakluk kepada keperluan pengisian kekosongan jawatan dan tempoh sah laku calon simpanan belum luput.
Adakah saya akan disenaraihitamkan jika menolak tawaran pelantikan?
Tidak.