Lawatan dan masa
61583858 Pelawat
Sunday 19/07/2026 07:48:52 PM
Tetapan paparan
Bahasa Pilihan bahasa
Warna Skema warna tema

Urusan Perkhidmatan

Panduan soalan lazim urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi pegawai awam Negeri Sabah.

Urusan Perkhidmatan

Bahagian Perkhidmatan — SPANS

Panduan Soalan Lazim (FAQ) urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi pegawai yang dilantik secara tetap di perkhidmatan awam Negeri Sabah.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan ialah proses memperakukan seseorang pegawai yang dilantik secara tetap untuk disahkan dalam jawatannya setelah memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan sepanjang tempoh percubaan, serta diperakukan layak oleh Ketua Jabatan dan Suruhanjaya untuk disahkan dalam perkhidmatan.

Nota: Tempoh percubaan lazimnya adalah antara 1 hingga 3 tahun bermula dari tarikh melapor diri bertugas.

Tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan adalah untuk memastikan pegawai:

  • Memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa;
  • Mempunyai prestasi kerja yang memuaskan;
  • Menunjukkan tahap kompetensi, integriti dan disiplin yang baik;
  • Berkeupayaan melaksanakan tugas dan tanggungjawab jawatan dengan berkesan; dan
  • Layak disahkan sebagai pegawai tetap dalam perkhidmatan awam negeri Sabah, setelah berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) tahun hingga tiga (3) tahun.

Soalan 3: Dokumen yang diperlukan

Senarai semak mengikut jenis urusan. Pastikan dokumen lengkap sebelum dihantar ke SPANS melalui jabatan.

(a) Senarai Semak Pengesahan Dalam Jawatan (PJ)

  • Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Jadual Keempat)
  • Salinan Surat Pelantikan & Surat penerimaan / penolakan jawatan
  • Buku Rekod Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini
  • Salinan Sijil Program Transformasi Minda (PTM) / Kursus Induksi yang diwajibkan
  • Salinan keputusan peperiksaan perkhidmatan (jika disyaratkan dalam skim)
  • Borang Opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pencen (Jadual Kelima)
  • Surat Isytihar Harta SPANS yang terkini

(b) Senarai Semak Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP)

Sekiranya pegawai gagal disahkan dalam tempoh asal (3 tahun), dokumen berikut diperlukan:

  • Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan (Jadual Ketiga)
  • Surat ulasan/justifikasi serta sokongan daripada Ketua Jabatan
  • Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini
  • Bukti atau rekod syarat-syarat yang belum dipenuhi (misalnya slip keputusan peperiksaan yang gagal/belum diduduki)

(c) Senarai Semak Pemberian Taraf Berpencen (PTB)

  • Borang Perakuan Pemberian Taraf Berpencen (Jadual Keenam)
  • Borang Opsyen Akta Pencen 1980 (Lampiran A – Jadual Kelima)
  • Salinan Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
  • Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini
  • Salinan Kad Pengenalan pegawai

SPANS menentukan tarikh pengesahan dalam jawatan seseorang pegawai berdasarkan tarikh sehari selepas pegawai memenuhi syarat terakhir yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya.

  • Tarikh Sah: Sehari selepas anda lulus syarat terakhir.
  • Contoh Situasi: Anda genap setahun kerja pada Mac, tetapi baru lulus peperiksaan pada 15 Ogos. Maka, tarikh sah jawatan anda adalah pada 16 Ogos.
  • Jika Gagal/Lewat: Jika terpaksa minta pelanjutan tempoh percubaan (atas sebab kecuaian sendiri), tarikh sah akan ditentukan mengikut tarikh Mesyuarat Lembaga SPANS (boleh menjejaskan kekananan/senioriti).

Tempoh proses urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan adalah tertakluk kepada penerimaan dokumen yang lengkap daripada jabatan serta kelulusan Suruhanjaya.

  • Masa Proses: Sekurang-kurangnya 6 minggu (30 hari bekerja) selepas dokumen lengkap dihantar ke SPANS.
  • Penentu Mutlak: Kelulusan BUKAN secara automatik. Ia bergantung sepenuhnya kepada keputusan dan jadual Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga SPANS. Jika mesyuarat tertangguh atau dokumen ada kuiri (masalah), proses akan jadi lebih lama.

Pastikan dokumen lengkap dan tepat pada masa pertama bagi mengelakkan kelewatan.

Boleh. Pegawai yang kehilangan atau memerlukan salinan pendua surat pengesahan boleh memohon melalui dua saluran:

  1. Bahagian Sumber Manusia (HR) Jabatan Sendiri: Meminta salinan daripada Fail Peribadi pegawai yang disimpan di jabatan.
  2. Surat Rasmi ke SPANS: Mengemukakan permohonan rasmi kepada Setiausaha SPANS sekiranya salinan di peringkat jabatan tidak dapat dikesan.

Seseorang pegawai layak disahkan apabila memenuhi kriteria berikut:

  1. Tempoh Minimum: Telah berkhidmat dalam tempoh percubaan minimum (1 hingga 3 tahun).
  2. Prestasi Memuaskan: Mencapai tahap markah penilaian prestasi yang ditetapkan melalui sistem.
  3. Lulus Kursus Wajib: Menghadiri dan lulus Program Transformasi Minda (PTM) atau kursus induksi yang ditetapkan.
  4. Lulus Peperiksaan: Lulus peperiksaan perkhidmatan (sekiranya disyaratkan dalam skim jawatan).
  5. Perakuan Ketua Jabatan: Mendapat sokongan dan perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan.
  6. Bebas Hukuman: Tidak berada di bawah tindakan tatatertib atau hukuman aktif pada tarikh pertimbangan.
  7. Memenuhi Syarat Skim: Memenuhi syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.

Perlu bantuan lanjut?

Untuk pertanyaan berkaitan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan, SPANS melalui jabatan/agensi masing-masing atau saluran rasmi SPANS.