Lawatan dan masa
61583789 Pelawat
Sunday 19/07/2026 07:48:24 PM
Tetapan paparan
Bahasa Pilihan bahasa
Warna Skema warna tema

Urusan Tatatertib

Panduan tatatertib, kawalan disiplin perkhidmatan awam dan perisytiharan harta (i-HARTA).

Urusan Tatatertib

Bahagian Tatatertib
Panduan ringkas urusan tatatertib dan perisytiharan harta bagi pegawai awam Negeri Sabah — merujuk Soalan Lazim rasmi dan sistem i-HARTA.

Nota umum

Maklumat di bawah adalah ringkasan Soalan Lazim Urusan Tatatertib. Prosiding tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 (PPANS 2008) dan garis panduan semasa Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT).

Kategori panduan

A Tindakan Tatatertib Am
B Tindakan Tatatertib Jenayah
C Tidak Hadir Bertugas
D Penyalahgunaan Dadah
Kategori soalan lazim
Adakah tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat boleh diambil ke atas pegawai yang telah bersara atas kesalahan semasa dalam perkhidmatan?
Tidak boleh.
Adakah pegawai yang telah dihadapkan Surat Pertuduhan (buang kerja / turun pangkat) boleh bersara daripada perkhidmatan awam?
Tidak boleh. Tempoh perkhidmatan disifatkan dilanjutkan melampaui umur persaraan dan dikira sebagai cuti tanpa gaji sehingga tindakan tatatertib diputuskan.
Adakah tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai yang telah meletak jawatan?
Tidak boleh.
Adakah tindakan tatatertib boleh diteruskan ke atas pegawai yang meletak jawatan semasa tindakan sedang berjalan?
Tidak boleh.
Apakah tindakan ke atas pegawai belum disahkan yang melakukan kesalahan tatatertib?
  • Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib; atau
  • Ketua Jabatan boleh tidak memperakukan pengesahan dalam perkhidmatan merujuk PPANS 2008.
Apakah tindakan Ketua Jabatan jika pegawai memperoleh sijil sakit palsu?

Jika sijil cuti sakit palsu atau dipinda, tindakan berikut hendaklah diambil:

  • Melucutkan hak emolumen pada hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti;
  • Membuat laporan Polis jika sijil diperoleh daripada sindiket menjual sijil cuti sakit; dan
  • Mengambil tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja kerana tidak jujur, tidak amanah dan tidak bertanggungjawab (melanggar tatakelakuan di bawah PPANS 2008).
Bagaimana kaedah menyediakan surat pertuduhan yang jelas dan tepat?
Surat Pertuduhan boleh mengandungi lebih daripada satu pertuduhan. Setiap pertuduhan hendaklah satu kesalahan sahaja. Fakta perlu jelas, terperinci dan spesifik — jenis kesalahan, tarikh, masa, tempat kejadian serta peraturan berkaitan. Contoh: jika dituduh tidak hadir bertugas, tarikh-tarikh ketidakhadiran dan tempat bertugas perlu dinyatakan.
Alamat manakah digunakan untuk penyediaan dan penyerahan Surat Pertuduhan?
Pegawai hendaklah memberikan Ketua Jabatan alamat kediaman atau sebarang perubahan alamat bagi penyampaian notis atau dokumen berkaitan. Serahan dokumen tatatertib dibuat menggunakan alamat kediaman terakhir yang dimaklumkan kepada Ketua Jabatan.
Bolehkah PBT bersidang menjatuhkan hukuman jika tempoh representasi pembelaan diri (21 hari) belum tamat?
Tidak boleh.
Apakah prosedur tatatertib jika pegawai disabitkan oleh mahkamah?
Prosedur tindakan tatatertib jenayah perlu diikuti.
Apakah tindakan ke atas pegawai yang direman / ditangkap polis?
Perintah Tahan Kerja di bawah PPANS 2008 boleh dikenakan ke atas pegawai yang ditahan polis.
Apakah tindakan ke atas pegawai yang telah dituduh di mahkamah?
Perintah Tahan Kerja di bawah PPANS 2008 boleh dikenakan ke atas pegawai yang telah dituduh di mahkamah.
Adakah pegawai yang ditahan kerja (Peraturan 253) layak dibayar emolumen?
Layak, melainkan digantung atau dibuang kerja. Merujuk Peraturan 253(3) PPANS 2008, pegawai dibenarkan menerima sekurang-kurangnya separuh gaji pokok sebagaimana difikirkan patut oleh PBT.
Apakah yang perlu dilakukan apabila pegawai telah disabitkan oleh mahkamah?
  • PBT boleh mengeluarkan perintah gantung kerja (Peraturan 254, PPANS 2008).
  • Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan di bawah Peraturan 235 kepada PBT.
  • PBT hendaklah membuat penentuan hukuman setelah menimbang laporan sabitan jenayah, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan.
Adakah pegawai yang digantung kerja layak dibayar emolumen?
Tidak. Merujuk Peraturan 254 PPANS 2008, pegawai tidak berhak menerima apa-apa emolumen sepanjang tempoh penggantungan kerja.
Jika pegawai ditahan reman polis / SPRM dan tidak hadir bertugas, bolehkah tindakan tatatertib tidak hadir bertugas diambil?
Tidak boleh semasa reman kerana ketidakhadiran mempunyai alasan munasabah. Jika masih tidak hadir selepas dibebaskan, tindakan tatatertib boleh diambil bagi ketidakhadiran tersebut.
Berapakah tempoh yang dianggap tidak hadir bertugas?
Peraturan 227 PPANS 2008: tidak hadir termasuk tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas. Tiada tempoh minimum atau maksimum bagi kesalahan tidak hadir bertugas.
Apakah yang perlu dilakukan jika pegawai kembali bertugas dalam tempoh penyiaran Notis?
Jika pegawai kembali dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada PBT supaya prosiding tindakan tatatertib biasa dikenakan terhadap pegawai.
Pegawai hanya mengetik kad perakam waktu pagi dan petang tetapi tidak bertugas. Bolehkah dikenakan tuduhan tidak hadir bertugas?
Boleh. Peraturan 227 PPANS 2008: tidak hadir termasuk tidak hadir pada masa dan tempat pegawai dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas.
Apakah jenis prosedur tatatertib bagi kesalahan penyalahgunaan dadah?

Terdapat 3 keadaan yang membezakan prosedur:

(a) Sabitan jenayah di Mahkamah (Akta Dadah Berbahaya 1952)

  • Surat pertuduhan tidak perlu dihadapkan;
  • Kesalahan telah dibuktikan melalui sabitan di Mahkamah;
  • PBT membuat penentuan hukuman sahaja.

(b) Perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan

  • Surat pertuduhan perlu dihadapkan;
  • Pegawai dibawa ke Pegawai Perubatan Kerajaan untuk pemeriksaan fizikal (Borang 7) selepas keputusan ujian air kencing daripada Jabatan Patologi / Kimia;
  • PBT perlu membuat dapatan salah dan hukuman semasa mesyuarat.
Bolehkah tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai yang diketahui menagih dadah?
Boleh, di bawah PPANS 2008 selepas Pegawai Perubatan Kerajaan memperakukan pegawai sebagai penagih, menggunakan atau mengambil dadah berbahaya selain bagi maksud perubatan, atau menyalahgunakan dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bolehkah pegawai yang diperakukan Pegawai Perubatan Kerajaan mengambil / menyalahgunakan dadah dikenakan tindakan sehingga buang kerja?
Boleh. Selaras Peraturan 211(2) PPANS 2008, jika Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui penggunaan, penyalahgunaan atau penagihan dadah berbahaya, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja.

Sistem i-HARTA

Perisytiharan harta pegawai awam diurus melalui sistem dalam talian i-HARTA. Soalan lazim di bawah membantu pegawai memahami keperluan asas sebelum membuat permohonan.

Perkara penting

Tempoh validasi5 tahun
Jawatan sensitifSetiap 2 tahun
Kenaikan pangkatWajib isytihar
Persaraan pilihanWajib isytihar
Adakah salinan kad pengenalan perlu disertakan semasa permohonan perisytiharan harta?
Ya. Salinan kad pengenalan perlu disertakan.
Adakah wajib membuat perisytiharan harta jika ingin memohon persaraan pilihan?
Ya, wajib bagi pegawai yang memohon persaraan pilihan.
Berapa tahun tempoh validasi setiap perisytiharan harta?
5 tahun.
Berapa kekerapan mengisytihar harta bagi jawatan sensitif?
Sekali dalam tempoh 2 tahun.
Adakah permohonan perisytiharan harta wajib untuk memproses kenaikan pangkat?
Ya, wajib.
Perlukah mengisytihar semula harta yang pernah diisytihar pada borang 5 tahun lepas?
Tidak. Harta yang telah diisytihar tidak perlu diisytihar semula dalam tempoh validasi yang sama.