Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.
Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.
Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (Ultimate Responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.
Visi:
☇ Perkhidmatan Awam Negeri yang berwibawa dan serba boleh yang dapat memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Misi:
☇ Memilih anggota Perkhidmatan Awam yang terbaik;
☇ Memastikan perkhidmatan mereka teratur; dan
☇ Mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.
Fungsi-Fungsi:
☇ Pelantikan;
☇ Pengesahan Jawatan;
☇ Pemberian Taraf Berpencen;
☇ Kenaikan Pangkat;
☇ Pertukaran; dan
☇ Kawalan Tatatertib anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Objektif:
Memastikan urusan pengambilan, pelantikan, perkhidmatan dan tindakan tatatertib Pegawai Awam Negeri dilaksanakan dengan adil, saksama, tepat, cepat dan efisien.
Nilai-Nilai Bersama:
☇ Profesional dalam menjalankan tugas;
☇ Kerja berpasukan dalam merealisasikan matlamat SPANS; dan
☇ Berintegriti dalam segala urusan dan amalan.
Piagam Pelanggan:
☇ Memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat, mesra dan adil;
☇ Memproses setiap urusan perkhidmatan mengikut peraturan yang berkuat kuasa; dan
☇ Memastikan semua syor yang dikemukakan ke Urus Setia Suruhanjaya ini diambil tindakan dengan serta merta dan sekiranya syor tersebut teratur, Kertas Mesyuarat disediakan dalam tempoh 14 hari bekerja dan keputusan akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja selepas Mesyuarat Penuh SPANS.
Dasar Kualiti
Memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan memberikan perkhidmatan berikut:-
☇ Perkhidmatan yang cepat dan tepat;
☇ Perkhidmatan yang prihatin dan mesra;
☇ Perkhidmatan yang profesional;
☇ Perkhidmatan yang adil dan saksama; dan
☇ Pengamalan budaya kerja bermuafakat dan akauntabiliti.
Moto
Tiada yang terbaik selagi boleh dibaiki