Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENGAWAS HUTAN GRED G11

Oleh JABATAN PERHUTANAN SABAH |31/01/2024

Nama Jawatan : PENGAWAS HUTAN GRED G11
Klasifikasi Perkhidmatan : PERTANIAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : 13 JAWATAN
Tempat Kekosongan : DI MANA-MANA LOKASI (CAWANGAN PERHUTANAN)
Jadual Gaji : GRED G11 : RM1,200.00 – RM2,977.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Membantu Pegawai Perhutanan Daerah menguatkuasakan pelaksanaan Enakmen Hutan, mengawasi pencerobohan Hutan Simpan dan Hutan Simpan pulau-pulau Negeri Sabah dan mengawal keseluruhan Hutan Simpan, menjalankan rondaan ke Kawasan lesen pembalakan dan kilang papan.

2. Membantu memeriksa dan mengesahkan Kawasan permohonan Kawasan pembalakan menyediakan sempadan kawasan cadangan untuk dikeluarkan lesen membalak membuat rondaan bagi mencegah pencerobohan dan pembalakan haram, menjalankan kerja-kerja menyukat jalan hutan bagi tujuan pembalakan.

3. Membantu menyemak kerja-kerja di Balai Pemeriksaan Jabatan Hutan, menyediakan laporan, memeriksa status pendaftaran jentera yang digunakan dalam Kawasan lesen pembalakan, menjalankan kerja-kerja pemeriksaan ketetapan maklumat lapangan dalam proses Comprehensive Harvesting Plan, menjalankan tugas-tugas penyeliaan operasi penuaian hutan dan operasi selepas penuaian.

4. Membantu memantau operasi pembalakan, mengurus dan mengawal pelawat ke Pusat-Pusat Sejadi, mengendalikan kerja-kerja pemeriksaan penyiasatan dan aduan awam berhubung kesalahan hutan berpandukan Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan Hutan 1969.

5. Membantu merekod ukuran balak, pengesahan ukuran kayu bulat, mengesahkan barangan hutan di kilang sebelum dieksport, memantau pemuatan barangan hutan ke atas kapal serta mengawal restorasi dan silviculture hutan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,246.15); atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian MenengahRendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,292.30).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan Kerajaan.

(c) Bagi calon yang memiliki peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah memperolehi (sekurang-kurangnya Gred D) dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.

(d) Bagi calon yang memiliki peringkat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah memperolehi (sekurang-kurangnya Gred E) dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 18 JANUARI 2024 SEHINGGA 31 JANUARI 2024, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.