Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Oleh JABATAN MUZIUM NEGERI SABAH |31/01/2024

Nama Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Klasifikasi Perkhidmatan : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : 14 JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU (3)
KUDAT (1)
SANDAKAN (3)
SEMPORNA (4)
KENINGAU (3)
Jadual Gaji : GRED KP11: RM1,205.00– RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan asset Kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis Kerajaan termasuk Kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan Kerajaan.

(c) Bagi calon yang memiliki peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah memperolehi (sekurang-kurangnya Gred D) dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.

(d) Bagi calon yang memiliki peringkat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah memperolehi (sekurang-kurangnya Gred E) dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 18 JANUARI 2024 SEHINGGA 31 JANUARI 2024, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.