Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENGAWAS HUTAN GRED G11

Oleh JABATAN PERHUTANAN SABAH |27/08/2020

Nama Jawatan : Pengawas Hutan Gred G11

Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana



Bilangan Kekosongan : 22

Tempat Kekosongan : Pejabat Perhutanan Daerah Sandakan
Pejabat Perhutanan Daerah Tongod
Pejabat Perhutanan Daerah Beluran
Pejabat Perhutanan Daerah Kinabatangan
Pejabat Perhutanan Daerah Sipitang
Pejabat Perhutanan Daerah Kota Belud
Pejabat Perhutanan Daerah Keningau
Pejabat Perhutanan Daerah Tenom
Pejabat Perhutanan Daerah Sook
Pejabat MCEE Wilayah Sandakan
Pejabat MCEE Wilayah Keningau

Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji : Gred G11 : RM1,200.00 - RM2,977.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
➯ 
➯ 

a)(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,246.15); atau

(ii)Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau Institut Perhutanan Sabah atau kelayakan setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,292.30)

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.