PEMBANTU MUZIUM GRED S19
Oleh JABATAN MUZIUM NEGERI SABAH |31/01/2024
Nama Jawatan : PEMBANTU MUZIUM GRED S19
Klasifikasi Perkhidmatan : SOSIAL
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA
Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : TIGA (3) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU (1)
KUDAT (1)
KENINGAU (1)
Jadual Gaji : GRED S19 : RM1,352.00– RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
DISKRIPSI TUGAS
1. Bertanggungjawab dalam kerja-kerja penyimpanan, penyusunan dan keselamatan serta kebersihan di repositori koleksi jabatan dan galeri pameran.
2. Membantu menjalankan penyelidikan (Sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi) dan mengumpulkan koleksi-koleksi Muzium.
3. Membantu menyelenggarakan bahagian pemuliharaan, membaik pulih, mengawet dan membersih koleksi Muzium untuk dipamerkan.
4. Membantu dalam kerja-kerja penyediaan pameran tetap, sementara, khas dan bergerak.
5. Membuat kerja-kerja pendaftaran artifak jabatan.
6. Membantu melaksanakan program outreach peringkat jabatan, daerah dan negeri.
7. Membantu dalam urusan penyediaan bahan kepada penyelidik dan para pelajar yang memerlukan khidmat penyelidikan, penyediaan tesis aau sesi fotografi.
8. Bertanggungjawab terhadap kerja-kerja konservasi koleksi jabatan.
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40) atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 18 JANUARI 2024 SEHINGGA 31 JANUARI 2024, JAM 11.59 MALAM
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.