Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEGAWAI PERIKANAN GRED G41

Oleh JABATAN PERIKANAN SABAH |31/01/2024

Nama Jawatan : PEGAWAI PERIKANAN GRED G41
Klasifikasi Perkhidmatan : PERTANIAN
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : TIGA (3) JAWATAN
Tempat Kekosongan : IBU PEJABAT (2), KOTA KINABALU (1)
Jadual Gaji : GRED G41: RM2,084.00 – RM9,551.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

DISKRIPSI TUGAS


Bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan pengurusan projek akuakultur marin termasuk merancang, melaksana, menyelaras dan memantau projek akuakultur serta membantu dalam pembangunan tambah nilai produk kumpulan sasar yang berkait dengan inovasi perikanan/akuakultur. Menyediakan pelaporan mengenai prestasi fizikal dan kewangan projek-projek akuakultur perikanan dan memantau pelaksanaan pematuhan Peraturan Perikanan Negeri, Persekutuan dan Antarabangsa sesuai mencapai objektif organisasi yang ditetapkan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Ijazah sarjana muda sains kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,288.16); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Sains (Perikanan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Laut, Awam atau Elektrik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Arkitek Laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,594.78).

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 18 JANUARI 2024 SEHINGGA 31 JANUARI 2024, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.