PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN GRED G29
Oleh JABATAN PERIKANAN SABAH |31/01/2024
Nama Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN GRED G29
Klasifikasi Perkhidmatan : PERTANIAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA
Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : SATU (1) JAWATAN
Tempat Kekosongan : TG. BADAK, TUARAN
Jadual Gaji : GRED G29: RM1,494.00 – RM5,674.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
DISKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menjamin dasar Pembangunan sektor pertanian selaras dengan kehendak antarabangsa dan kepentingan negara. Bertanggungjawab menjalankan khidmat pemgembangan kepada Kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, Pembangunan usahawan industri asas tani, Pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan.
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Diploma dalam bidang perikanan, sains nautika atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86)
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 18 JANUARI 2024 SEHINGGA 31 JANUARI 2024, JAM 11.59 MALAM
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.