Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S5

Oleh KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN |06/02/2025

Klasifikasi Perkhidmatan : SOSIAL
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : ENAM (6) JAWATAN
Tempat Kekosongan : PAPAR (1), TUARAN (1), KOTA BELUD (1),
KINABATANGAN (1), SEMPORNA (1),
KOTA MARUDU (1)
Jadual Gaji : GRED S5: RM1,650.00 – RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Memastikan tadbir urus Pejabat KBSS daerah selaras dengan arahan PANS dan PKPA serta pekeliling Kerajaan dan Kementerian dari semasa ke semasa.
2. Mengawal selia Pegawai KBSS di daerah,Pengawal keselamatan dan.penyelia pembersihan
3. Bertanggungjawab melaksanakan ,menyelia dan memantau semua pelaksanaan program/aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian di daerah.
4. Menghadiri mesyuarat luar Kementerian di bahagian/daerah
5. Memastikan sistem fail dan rekod Pejabat KBSS daerah diurus dengan teratur dengan baik.
6. Memastikan rekod atau inventori harta modal Pejabat KBSS Bahagian dan Daerah dikemaskini dari masa ke semasa.
7. Membantu menyelaras program Pembangunan sukan berprestasi tinggi, sukan massa dan sukan OKU.
8. Membantu menyelaras dan memantau program/aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan/ Kelab Belia Akar Umbi di daerah.
9. Membantu melaksanakan program/aktiviti yang dianjurkan oleh agensi lain di daerah.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau

(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau

(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.