Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMANDU KENDERAAN)

Oleh KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN |05/02/2025

Klasifikasi Perkhidmatan : KEMAHIRAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : LIMA (5) JAWATAN
Tempat Kekosongan : TAWAU (1), KENINGAU (1), KUDAT (1),
RANAU (1), LAHAD DATU (1)
Jadual Gaji : GRED H1: RM1,500.00– RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Menyelenggara kenderaan dari segi keadaan mekanikal dan kebersihan
2. Memandu kenderaan dengan berhemah
3. Mematuhi peraturan lalu lintas
4. Merekodkan perjalanan dalam buku log kenderaan rasmi kementerian setiap kali selesai menjalankan tugas
5. Memastikan penyelenggaraan dan servis kenderaan dilakukan mengikut jadual (mileage);
6. Melaporkan kerosakan atau kecacatan kenderaan kepada pegawai kenderaan/pegawai yang diberi kuasa.
7. Memastikan kenderaan berada di tempat letak kereta yang ditetapkan bagi mencegah dari kehilangan.
8. Memastikan setiap pegawai yang di hantar tiba ke destinasi yang ditujui dengan masa yang ditetapkan;
9. Memastikan keselamatan pegawai sebelum bertolak dan setelah tiba ke destinasi

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); dan

(v) Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas di (b)(i)

(b) (i) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan; atau

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.