Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S9

Oleh JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH |22/01/2025

Klasifikasi Perkhidmatan : SOSIAL
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL



Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : DUA (2) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED S9: RM2,250.00 – RM11,110.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Jabatan/Agensi.

2. Bertanggunngjawab menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di Jabatan/ Agensi.

3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di Jabatan / Agensi.

4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Jabatan / Agensi.

5. Membantu pihak Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Jabatan / Agensi.

6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Jabatan / Agensi.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,250.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00).

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.