PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG5
Oleh JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH |05/02/2025
Klasifikasi Perkhidmatan : PENDIDIKAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA
Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : 65 JAWATAN
Tempat Kekosongan : PANTAI BARAT SELATAN (22), PANTAI BARAT
UTARA (6), PEDALAMAN ATAS (5), PEDALAMAN BAWAH (11), SANDAKAN (6), TAWAU (15)
Jadual Gaji : GRED DG5: RM1,650.00 – RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
DISKRIPSI TUGAS
1. Menjalankan tugas-tugas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (kurikulum, ko-kurikulum (sukan/kelab/persatuan/badan beruniform);
2. Pengurusan hal ehwal murid (keselamatan / kebajikan/ kesihatan/ bina insan/ sistem maklumat murid/koperasi/lawatan;dan
3. Menjalankan tugasan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan, pembangunan fizikal, pembangunan staf dan hubungan komuniti.
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Diploma Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG5: RM1,893.00); atau
(ii) Diploma dalam bidang berkaitan dan Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG5: RM1,974.00).
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.