PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1
Oleh JABATAN CETAK KERAJAAN |01/01/2026
Klasifikasi Perkhidmatan : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA
Taraf Jawatan : (1) TETAP DAN (3) SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : EMPAT (4) JAWATAN
Tempat Kekosongan : JABATAN CETAK KERAJAAN
Jadual Gaji : GRED KP1: RM1,500.00 – RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
DISKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset Jabatan Cetak Kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis Jabatan Cetak Kerajaan termasuk kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan dan tempat larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
(iii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00). dan
(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; 249/472
iv. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
(c) Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(ii), 1(a)(iv) dan 1(a)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
TARIKH PERMOHONAN BERMULA 1 JANUARI 2026 SEHINGGA 14 JANUARI 2026, JAM 11.59 MALAM
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.