Mengenai Permohonan Jawatan

Selamat datang ke ruangan Permohonan Jawatan SPANS

PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q9

Oleh JABATAN PERHUTANAN SABAH |05/02/2025

Klasifikasi Perkhidmatan : PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL



Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : EMPAT (4) JAWATAN
Tempat Kekosongan : SANDAKAN (4)
Jadual Gaji : GRED Q9: RM2,250.00 – RM11,110.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundingan, pembentangan meliputi program Jabatan seperti berikut:

a) Pengurusan Ekosistem Hutan
b) Biodiversiti dan Konservasi Hutan
c) Perladangan Hutan
d) Keluaran dan Hasil Hutan
e) Sosio-Ekonomi Hutan

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,580.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Sains Perikanan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,580.00); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,690.00); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,910.00); atau

(v) Ijazah Sarjana dalam bidang Sains atau Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM3,020.00); atau

(vi) Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sains atau Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM3,350.00).

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.