RENJER HUTAN GRED G1
Oleh JABATAN PERHUTANAN SABAH |05/02/2025
Klasifikasi Perkhidmatan : PERTANIAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : 30 JAWATAN
Tempat Kekosongan : DI MANA-MANA LOKASI CAWANGAN PERHUTANAN
Jadual Gaji : GRED G1: RM1,500.00 – RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
DISKRIPSI TUGAS
i) Membantu Pegawai Perhutanan Daerah dalam melaksanakan tugasan berkaitan aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara sistematik sejajar dengan peraturan dan
dasar Kerajaan.
ii) Membantu Pegawai Perhutanan Daerah dalam tugasan pewartaan kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan.
iii) Membantu Pegawai Perhutanan Daerah dalam tugasan pemantauan dan pengawasan Kawasan rizab hutan (hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan), kerja-kerja pembangunan hutan
pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan serta penyediaan maklumat-maklumat perhutanan yang
berkaitan.
iv) Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan iaitu Akta Perhutanan Negara 1984/ Sabah – Enakmen Hutan 1968, Peraturan Hutan 1969/ Sarawak – Ordinan Hutan 1958,
Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi 1998 dan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
v) Bertanggungjawab memastikan kriteria dan petunjuk pensijilan pengurusan hutan di Malaysia dipatuhi sepenuhnya.
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Institut Latihan Perhutanan Sabah atau Sekolah Latihan Perhutanan
Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,561.00).
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.