PEREKA GRED B1
Oleh JABATAN PERHUTANAN SABAH |05/02/2025
Klasifikasi Perkhidmatan : BAKAT DAN SENI
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
(SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : SATU (1) JAWATAN
Tempat Kekosongan : SANDAKAN
Jadual Gaji : GRED B1: RM1,500.00 – RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
DISKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:
i) Menyediakan ilustrasi / lukisan botanical
ii) Menyediakan reka bentuk dan susun atur (layout) grafik
iii) Menyediakan bahan-bahan pameran
iv) Membantu dalam urusan penyediaan bahan penerbitan/pencetakan
v) Menjalankan kerja-kerja fotografi
vi) Mengurus bahan serta peralatan yang berkaitan dengan bidang tugas
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,561.00); atau
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,622.00).
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.