Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEGAWAI VETERINAR GRED GV9

Oleh JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SABAH |05/02/2025

Klasifikasi Perkhidmatan : PERTANIAN
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL



Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : SATU (1) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Jadual Gaji : GRED GV9 : RM2,697.00 – RM9,551.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab di Stesen , Ladang, atau Pintu masuk untuk merancang dan melaksanakan program kesihatan Haiwan, Kawalan Penyakit, Pemeriksaan Veterinar dan Pemantauan Keselamatan Makanan Berasaskan haiwan, Juga terlibat dalam pembangunan Industri ternakan melalui khidmat nasihat teknikal kepada penternak serta memastikan pematuhan undang-undang dan piawaian kesihatan veterinar serta kerja-kerja pentadbiran jabatan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Ijazah Sarjana Muda Veterinar atau Ijazah Sarjana Muda Sains Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(ii) berdaftar di bawah subseksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian 1 Jadual Kedua.

(Gaji permulaan ialah pada Gred GV9: RM2,910.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.