Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMANDU KENDERAAN)

Oleh BAHAGIAN ISTIADAT DAN PROTOKOL JABATAN KETUA MENTERI |05/02/2025

Klasifikasi Perkhidmatan : KEMAHIRAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : EMPAT (4) JAWATAN
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU (4)
Jadual Gaji : GRED H1: RM1,500.00– RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

DISKRIPSI TUGAS

1.Bertugas menjalankan skop kerja pemanduan kenderaan.
2.Bertanggungjawab dengan keselamatan kenderaan dan penumpang dalam setiap perjalanan.
3.Menjaga kebersihan dan keselamatan kenderaan rasmi Kerajaan.
4.Memandu / membawa orang kenamaan / pegawai Kerajaan untuk perjalanan menjalankan tugas rasmi.
5.Merekodkan perjalanan / pergerakan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); dan

(v) Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas di (b)(i) :

(b) (i) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali
dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan; atau

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.