JURUGEOSPATIAL GRED J9
Oleh JABATAN KERJA RAYA |05/02/2025
Klasifikasi Perkhidmatan : KEJURUTERAAN
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : DUA (2) JAWATAN
Tempat Kekosongan : DI MANA-MANA LOKASI CAWANGAN
JABATAN KERJA RAYA
Jadual Gaji : GRED J9: RM2,250.00– RM11,110.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
DISKRIPSI TUGAS
1. Membantu menyelaras dan mentadbir data-data geospatial untuk jabatan.
2. Membantu dalam penyelenggaraan infrastruktur maklumat geospatial meliputi penyimpanan, keselamatan, penyebaran data dan maklumat serta penggunaan maklumat geospatial di jabatan dan agensi
kerajaan.
3. Membantu dalam penyelenggaraan maklumat geospatial tematik yang belum diselenggarakan meliputi pengumpulan data, pengolahan, penyimpanan data dan maklumat, serta penggunaan maklumat
geospatial tematik.
4. Membantu pelaksanaan pengunaan teknologi remote sensing, data satelit, geospatial dan GIS untuk jabatan.
5. Membantu penyusunan rancangan dan program di bidang maklumat geospatial jabatan.
6. Membantu penyusunan dan pembinaan rangkaian maklumat geospatial untuk jabatan.
7. Membantu pelaksanaan pendidikan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan, serta promosi dan pelayan produk dan perkhidmatan dalam bidang maklumat geospatial di peringkat jabatan.
8. Membantu menyediakan perkhidmatan pemetaan untuk kajian dataran banjir dan pembangunan mampan serta aplikasi yang berkaitan.
9. Membantu menghubungkan data “remote sensing” dengan data “satellite imagery” dan data “remote sensing” bentuk lain untuk pelbagai aplikasi pemantauan atau untuk pengurusan kecemasan bahaya
seperti gempa bumi, pemantauan banjir dan sebagainya.
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Geoinformatik dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Remote Sensing atau bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00).
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.