ARKITEK GRED J9
Oleh JABATAN KERJA RAYA |05/02/2025
Klasifikasi Perkhidmatan : KEJURUTERAAN
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : LIMA (5) JAWATAN
Tempat Kekosongan : DI MANA-MANA LOKASI CAWANGAN
JABATAN KERJA RAYA
Jadual Gaji : GRED J9: RM2,250.00– RM11,110.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
DISKRIPSI TUGAS
1. Bertanggungjawab mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan negeri dan persekutuan dari perancangan sehingga penyerahan projek.
2. Menyelaras penyediaan reka bentuk, lukisan dan dokumen tawaran dan penyerahan projek.
3. Memantau pelaksanaan fizikal dan kewangan projek dalam pembinaan dan memastikan projek disiapkan berkualiti, menepati kos dan tempoh masa yang dirancang serta memenuhi keperluan dan harapan
stakeholder.
4. Memberi nasihat berkaitan dengan kerja yang berkaitan dengan arkitek kepada cawangan/ Jurutera Daerah / Jurutera Bahagian di bawah jabatan atau jabatan kerajaan yang lain atau badan berkanun serta
kontraktor yang mengambil bahagian dalam projek Jabatan Kerja Raya Sabah.
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina/Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; dan
(ii) berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,910.00).
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.