JURUUKUR TANAH GRED J9
Oleh JABATAN KERJA RAYA |05/02/2025
Klasifikasi Perkhidmatan : KEJURUTERAAN
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : DUA (2) JAWATAN
Tempat Kekosongan : DI MANA-MANA LOKASI CAWANGAN
JABATAN KERJA RAYA
Jadual Gaji : GRED J9: RM2,250.00– RM11,110.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
DISKRIPSI TUGAS
1. Membantu dalam pentafsiran, interpolasi dan ekstapolasi data digital dari gambar satelit, gambar udara, peta mozek dan remote sensing.
2. Membantu pelaksanaan persempadanan rizab untuk jalanraya persekutuan.
3. Membantu pentadbiran pangkalan data GIS Jabatan mengikut kaedah yang bersesuaian dengan keperluan jabatan.
4. Membantu menyediakan terma-terma rujukan untuk pemetaan aset-aset kerajaan dibawah jagaan jabatan.
5. Menyediakan data yang berkaitan dengan bentuk kontur, graviti, lokasi atau dimensi tanah, ciri-ciri tanah di atas atau berdekatan dengan permukaan bumi untuk kejuruteraan.
6. Melaksanakan pengukuran tepat untuk menentukan persempadanan rizab dan aset-aset kerajaan di bawah bidang kuasa jabatan.
7. Membantu menyediakan dasar yang berkaitan dengan kerja-kerja ukur, GPS, GIS, hidrografi, drone, photogrametry, 3D laser scanner, lidar data, dan data-data digital geoinfomatik di JKR Sabah, selaras
dengan perkembangan teknologi terkini untuk digunakan dalam bidang kejuruteraan.
8. Membantu menyediakan keperluan latihan dalaman dalam Kejuruteraan Ukur / Ukur Tanah, geospatial, Remote Sensing, GPS, GIS, Drone, hidrografi, 3D laser scanner, lidar untuk kakitangan dan jabatan.
9. Membantu dalam pelaksanaan serta pengemaskinian dan pengekalan pangkalan data GIS jabatan.
10. Membantu dalam pengendalian kebijakan teknikal dalam bidang maklumat geospatial.
11. Membantu dan menyediakan pengkajian projek GIS dalam pemantauan aplikasi pembangunan GIS bagi JKR Sabah.
12. Membantu dalam pelaksanaan pendidikan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan, serta promosi dan pelayan produk serta perkhidmatan dalam bidang.
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00).
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.