Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DG29 [GURU REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)]

Oleh JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH |27/08/2020

Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DG29 [Guru Rekabentuk dan Teknologi (RBT)]

Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)



Bilangan Kekosongan : 1

Tempat Kekosongan : SMAN Toh Puan Hajah Rahmah (1)

Taraf Jawatan : Sementara

Jadual Gaji : Gred DG29 : RM1,698.00 – RM5,717.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a) (i) Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00).

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

c) Memperolehi minimum Lima (5) Kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk Bahasa Melayu selaras dengan syarat Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG)

d) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang pengkhususan Rekabentuk dan Teknologi

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.