Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA5

Oleh JABATAN KERJA RAYA |05/02/2025

Klasifikasi Perkhidmatan : KEJURUTERAAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA (Skim Perkhidmatan Bersepadu)



Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : 108 JAWATAN
Tempat Kekosongan : DI MANA-MANA LOKASI CAWANGAN
JABATAN KERJA RAYA
Jadual Gaji : GRED JA5: RM1,650.00– RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Membantu melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan serta mengawasi aspek kejuruteraan.

2. Membantu menganalisa dan mereka bentuk projek bangunan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya.

3. Membantu menganalisa dan mereka bentuk kerja-kerja kejuruteraan awam seperti jambatan, struktur peparitan dan jeti yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah.

4. Membantu memastikan semua analisa dan mereka bentuk projek garis kerja awam/ pembaikan struktur dilakukan selaras dengan piawai dan garis panduan Jabatan Kerja Raya Sabah.

5. Membantu memberi nasihat berkaitan dengan kerja struktur kepada cawangan / jurutera daerah / jurutera bahagian di bawah jabatan atau jabatan kerajaan yang lain atau badan berkanun serta kontaktor
yang mengambil bahagian dalam projek Jabatan Kerja Raya Sabah.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau

(ii) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.